Wednesday, November 25, 2020

 REFLEKSI GKK 1043

MUQADDIMAH

Nama saya Haqmal Alif Bin Che Basir, pelajar PPISMP Semester 1 opsyen Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Pada tanggal 17 September 2020 yang lalu, saya telah berjaya melaksanakan pra-Ujian Segak dan pra-Ujian Bleep bagi subjek GKK 1043 yang juga berkait dengan tugasan blog bagi subjek GKB 1053. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek GKK 1043 saya iaitu Dr Wan Azlan Bin Wan Ismail dan pensyarah GKB 1053 saya iaitu Encik Roseli Bin Mat Nor kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Mereka berdua ini juga telah banyak menolong saya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan saya yang sedia ada. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana telah memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk saya melaksanakan tugasan ini.

 

PENGENALAN

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum. Apabila murid-murid sihat, mereka akan dapat melaksanakan aktviti-aktiviti harian mereka dengan sempurna. Perkara inilah yang menjadikan SEGAK ini antara medium ujian terbaik yang akan sentiasa dilaksanakan di sekolah. Komponen yang terdapat dalam ujian SEGAK ini juga adalah merujuk kepada kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah yang merangkumi beberapa ujian kecergasan untuk menilai tahap kesihatan dan kecergasan murid dan pelajar. Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Mengikut komponen kecergasan berdasarkan kesihatan, terdapat beberapa ujian yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan yang merangkumi segala ujian yang terdapat dalam ujian SEGAK. Jadi, tahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi akan dapat memberi faedah kepada seseorang itu untuk memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan.


REFLEKSI PRA-SEGAK DAN PRA-UJIAN BLEEP

SEGAK

1. Ujian Indeks BMI



 Gambar Rajah 1 di atas menunjukkan aktiviti pengukuran dan pengambilan berat badan dan tinggi untuk penilaian bagi Indeks BMI pelajar.


Ø    Berdasarkan ujian pra-segak yang telah saya lakukan pada 17 September 2020, stesen ujian yang pertama ialah stesen Ujian Indeks BMI. Ujian Indeks BMI ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengukur berat dan tinggi seseorang untuk melihat tahap kesihatan tubuh badan mereka sama ada kurang berat, berat normal, ataupun lebih berat badan. Jadi, bacaan berat badan yang telah saya peroleh pada ujian itu ialah 51.5 kg dan bacaan tinggi saya pula ialah 163 cm. Jadi, untuk bacaan BMI saya ialah 19.4 dan ini menunjukkan bahawa BMI saya adalah normal. Perkara ini menunjukkan berat badan saya adalah dalam kategori normal kerana saya mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mendapatkan berat badan yang ideal (Reddy, 1998).    

                                                                                                             

      2. Ujian Naik Turun Bangku

       


   Gambar rajah 2 di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian Naik Turun Bangku.

                                                                                                                                           

Bagi stesen yang ke-2 iaitu stesen Naik Turun Bangku, ia bertujuan untuk mandapatkan kadar bacaan nadi pelajar setelah melakukan aktiviti secara berterusan. Jadi, saya telah memperolehi bacaan 90 dsm setelah melakukan aktiviti Naik Turun Bangku selama 3 minit. Skor yang saya perolehi dalam ujian ini juga ialah sebanyak 4 dan skor ini dianggap dalam kategori baik kerana skor maksimum ialah 5. Hal ini menunjukkan yang kecergasan dan kesihatan jantung saya berada dalam keadaan yang baik kerana mempunyai kadar denyutan nadi yang kekal rendah selepas melakukan aktivti secara berterusan. Hal ini kerana semakin rendah kadar denyutan nadi yang diperoleh selepas melakukan aktiviti secara berterusan, semakin bertambah tahap kecergasan dan kesihatan seseorang individu tersebut. Ujian Naik Turun Bangku ini juga bertujuan untuk menguji daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular ialah kemampuan jantung mengepam oksigen secara berterusan kepada otot-otot kita semasa melakukan aktiviti. Jika kita berjaya menurunkan kadar denyutan nadi, ianya menunjukkan bahawa badan kita tidak cepat letih atau nafas tidak tercungap-cungap.              


3. Ujian Tekan Tubi
       

Gambar rajah 3 di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian Tekan Tubi.


    Seterusnya ialah ujian Tekan Tubi. Ujian Tekan Tubi ini merupakan stesen yang ke-3 dalam urutan pelaksanaan ujian SEGAK. Ujian tekan tubi ini dilaksanakan adalah untuk mengukur tahap kekuatan bahu dan daya tahan otot pelajar dalam melakukan aktiviti secara berterusan. Pelajar yang mempunyai daya tahan otot yang kuat akan dapat melakukan tekan tubi tanpa rasa letih walaupun secara berterusan. Dalam ujian Tekan Tubi ini, saya telah berjaya memperolehi sebanyak 50 kali ulangan tekan tubi dalam masa 1 minit dan skor yang telah saya perolehi adalah skor maksimum iaitu 5. Hal ini telah menunjukkan yang kekuatan dan daya tahan otot tangan dan bahu saya telah berada dalam keadaan yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan otot tangan dan bahu saya mampu untuk menampung beban yang berat dengan hanya menggunakan tenaga dan daya daripada tubuh badan untuk melakukan aktiviti secara berterusan.

      
      4. Ujian Ringkuk Tubi
       

       Gambar rajah 4 di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan proses Ujian Ringkuk Tubi.               


      Untuk ujian Ringkuk Tubi pula, saya telah memperolehi 23 kali ulangan Ringkuk Tubi dalam masa 1 minit. Skor yang saya perolehi untuk ujian ini adalah 5. Ujian Ringkuk Tubi ini pula bertujuan untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot perut pelajar dalam melakukan aktiviti secara berterusan. Pelajar yang mempunyai otot perut yang baik, akan dapat melaksanakan ujian ringkuk tubi ini dengan mudah. Apabila otot bahagian perut (otot teras) lebih kuat, sesiapa pun mampu bertahan dalam aktiviti sukan untuk jangka masa lama (Rohani, 2019).     


      5. Ujian Jangkauan Melunjur                                                                                                                   


 
                                                                                                                                                                        

Gambar rajah 5 di atas menunjukkan aktiviti pelajar sedang melakukan Ujian Jangkauan Melunjur.

Ø  Stesen terakhir di dalam urutan pelaksanaan SEGAK ialah ujian Jangkauan Melunjur. Jangkauan Melunjur ini bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring. Pada ujian ini, saya hanya mampu mendapatkan jarak melunjur iaitu 34.5 cm dan telah hanya mendapat skor sebanyak 3. Perkara ini telah menunjukkan bahawa tahap kelenturan saya masih tidak berada dalam tahap yang terbaik. Corbin dan Lindsey (1979), menyatakan fleksibiliti sebagai suatu keupayaan untuk menggunakan sendi dengan sepenuhnya. Secara umumnya fleksibiliti boleh dianggap sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan kepada artikulasi dan lekatan otot.


      UJIAN BLEEP                                                                                                                               


                                                                                                                                                                       Gambar rajah 6 di atas menunujukkan aktiviti pelajar sedang melakukan larian untuk Ujian Bleep.

     Untuk ujian bleep berdasarkan pra ujian bleep, saya telah berjaya mencapai level 8.7. Ujian bleep ini bertujuan untuk melihat kecekapan sistem kardiovaskular bekerja untuk menghantar kuantiti oksigen yang cukup ke seluruh tubuh badan. Ujian bleep sangat baik untuk menguji tahap kecergasan fizikal pelajar kerana ia mempunyai level larian yang berbeza dan peningkatan tahap intensiti ujian dilakukan secara sistematik. Pelajar yang aktif dalam membuat latihan seperti berjogging, berenang, dan berbasikal jarak jauh, akan dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecekapan sistem kardiovaskular supaya dapat bekerja dengan baik. Oleh sebab itu, ujian bleep diuji dengan menilai tahap kemampuan seseorang berlari dalam jangka masa yang Panjang secara berterusan.


     RUMUSAN

    Kesimpulannya, penjagaan kesihatan amat penting bagi memastikan tubuh badan sentiasa cergas dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti. Di samping itu, menjadi seorang siswa guru sudah pastinya memerlukan kekuatan otot dan daya tahan yang kuat agar setiap kerja yang dilakukan adalah produktif. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan melakukan aktiviti senaman. Aktiviti senaman ini sememangnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan kesihatan dan kecergasan fizikal seseorang dalam keadaan baik sekaligus menjamin kebahagiaan hidup dengan terhindar daripada sebarang penyakit.

      

     RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

     

  Ainahazz. (2019, September 15). Refleksi Kesihatan Diri Dan Kecergasan. Retrieved September 15, 2019, diperoleh dari :  http://ainahazz.blogspot.com/2019/

 

      Dr. Junaidy bin Mohamad Hashim¹, Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon¹ Rosli bin Hamid¹ & Saidil Mazlan bin Abdul Razak¹. (2017). KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN NAIK TURUN BANGKU PENILAIAN STANDARD KECERGASAN KEBANGSAAN (SEGAK) BERDASARKAN UKURAN PANJANG KAKI. Diperoleh dari : https://www.academia.edu/35128300/KEBOLEHPERCAYAAN_INSTRUMEN_NAIK_TURUN_BANGKU

  REFLEKSI GKK 1043 MUQADDIMAH Nama saya Haqmal Alif Bin Che Basir, pelajar PPISMP Semester 1 opsyen Pendidikan Jasmani di Institut Pendid...